Wednesday, 11 April 2007

Kesal Perdana Menteri tidak menghormati pengundi Machap

DAP rasa kesal bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menghormati 9,623 pengundi kerana enggan turun padang dan melawat kawasan pilihanraya kecil ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memang menjadi dasar dan amalan kerajaan bahawa Perdana Menteri tidak perlu turun padang dan berkempen secara bersendirian kerana BN tetap akan menang besar and menyebabkan parti lawan hilang deposit seperti di pilihanraya kecil Batu Talam baru-baru ini.

Najib tidak bercakap benar kerana Perdana Menteri sendiri turun padang ke pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir di Kelantan pada Disember 2006. Sekiranya amalan dan dasar BN, apakah sebab Perdana Menteri boleh turun padang ke Pengkalan Pasir tetapi tidaknya di Machap. Nampaknya ada double-standard BN di mana rakyat Machap tidak begitu penting untuk dikunjungi Perdana Menteri. Ini memperkecilkan hati dan status pengundi Machap.

Iniah "message: yang harus diberikan kepada BN, bahawa rakyat adalah boss dan bukannya pemimpin atau wakil rakyat. Semua wakil rakyat termasuk Perdana Menteri harus datang mengunjungi bos mereka iaitu rakyat. Rakyat perlu menegakkan demokrasi pada 12 April 2007 ini.

Macap Demokrasi – demi keadilan dan kemakmuran yang terjamin

Dalam demokrasi, pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan, tidak harus jadi umpan pilihanraya. Sebagai pembayar cukai, pengundi berhak menikmati pembangunan sepanjang masa bukan sekadar 5 tahun sekali setiap kali ada pilihanraya. Adakah kita boleh bayar cukai 5 tahun sekali sahaja?

Dalam demokrasi, minyak adalah milikan rakyat, bukanlah seorang dua. Petronas untung RM 500 bilion sejak ditubuhkan tetapi satu sen hasil minyak rakyat pun tak dapat. BN hanya tahu naik harga minyak, tak tahu turunkannya. Mengapakah tak boleh ikut Singapura bagi setiap orang RM 2,000 setahun?

Dalam demokrasi, pembangunan pendidikan menjadi teras pembangunan ekonomi. Akan tetapi kerajaan BN mengamalkan dasar diskriminasi ke atas sekolah Cina dan Tamil di mana sekolah Cina hanya dapat peruntukan sebanyak 3.6% sungguhpun mempunyai 21.2% bilangan pelajar. Layanan sama harus diberikan kepada semua sekolah Cina dan Tamil berdasarkan bilangan murid. Lagipun pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris harus dihentikan dan menggunakan balik bahasa ibunda. Akhirnya SRJK(C) Damansara harus dibuka semula sepertimana yang dituntut kaum Cina.

Dalam demokrasi, kekayaan harus dinikmati bersama sedangkan beban kewangan dipikul bersama. Di bawah BN jurang kekayaan di antara yang kaya dan miskin kian besar sehingga Malaysia merupakan negara yang paling tidak saksama di Asia Tenggara dengan peratusan pendapatan isi rumah kumpulan penduduk 40 peratus terendah hanya menguasai 13.5% kekayaan negara berbanding dengan peratusan pendapatan isi rumah kumpulan penduduk 20 peratus tertinggi yang menguasai 51.2% kekayaan negara. Berapa banyak keluarga ada pendapatan purata RM 3,249 sebulan? Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya membantu yang kaya sedangkan yang miskin diabaikan. Sudah sampai masanya DEB dihentikan segera.

Dalam demokrasi sepatutnya nilai-nilai murni seperti integriti, ketelusan dan akauntabiliti harus jadi amalan budaya politik. Malangnya BN telah membenarkan rasuah bertambah buruk sehingga tangga Indeks Persepsi Rasuah Transparency International telah turun daripada tangga 37 dalam tahun 2003 kepada tangga 44 pada tahun 2006. Berpuloh-puloh billion ringgit telah hilang yang membabitkan pemimpin BN sehingga bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah dan Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam di dakwa terbabit dalam skendal Tabung Perubatan Awam di mana sebahagian wang awam yang dikutip untuk membantu pesakit miskin disalahgunakan untuk ahli keluarganya sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana.Menteri lebih berminat membuka restoran nasi kandar semasa banjir melandai Johor tahun lepas dan memiliki rumah AUD 25 juta (RM 60 juta) di Perth, Australia.

Dalam demokrasi semua rakyat berhak melanjutkan pelajarannya, berhak mendapat kerja dengan gaji yang adil, berhak mendapat sebuah kerajaan bukan berlagak sebagai tauke tetapi sebaliknya. Rakyat berhak menikmati kebebasan politik dan hak asasi manusia, peluang ekonomi yang sama-rata dan keadilan sosial.

Yang penting sekali demokrasi sepatutnya membolehkan rakyat menjadi raja. Tetapi BN menjadi raja dan rakyat dijadikan hamba. BN buat sesuka hati dalam kerajaan tempatan dan bantuan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat. Tun Mahathir pun setuju demokrasi perlukan pembangkang yang kuat. Jadilah kuasa penentu masa depan diri sendiri tanpa ditekan, dikongkong dan diperas oleh BN. Menwujudkan demokrasi yang sihat bermula di Machap.

Machap Demokrasi! Undilah DAP! Hidup Kuasa Rakyat!

1 comment:

sani said...

Win or lose in this free but not fair
by election, DAP will get a vote in most Malaysians' heart. Keep up the good work in ensuring democracy.