Monday, 9 April 2007

Menyokong Pemuda-pemudi yang berani bercakap benar

Kenyataan Media oleh Setiausaha Pemuda Socialist DAP Melaka Koh Sze Choon pada 9 April 2007 (Khamis) di Machap:

Menyokong Pemuda-pemudi yang berani bercakap benar

MCA bukan sahaja tidak mengambil berat tentPublishang isu-isu yang dibangkitkan oleh pemuda-pemudi, malah menuduh bahawa perbuatan tersebut tidak tepat pada masanya. Ini sekali lagi menunjukkan hegemoni BN sebagai kerajaan yang menyembunyikan isu-isu ketelusan, ketidakadilan dan sikap tidak mengendahkan suara rakyat.

Sekumpulan pemuda-pemudi yang diiringi Youth for Change (Y4C) telah menganjur satu forum rakyat yang bertajuk "Jika saya seorang YB… …" di Machap Baru pada 8 April 2007. Mereka terdiri daripada organisasi bukan kerajaan, DEMA, Jawantankuasa Selamatkan SRJK(C) Damansara, Writers Alliance for Independence (WAMI) dan lain-lain. Mereka telah melibatkan diri dalam reformasi demokrasi negara kita.

Mereka menyeru agar calon yang menang dalam pilihanraya berani menyokong mereka dalam pelbagai isu-isu negara seperti memansuhkan Akta Universiti dan Keselamatan Universiti (AUKU), hak asasi rakyat terancam, memberikan perhatian terhadap kesusahan penternak khinzir dan isu-isu kebebasan media terancam.

DAP ingin menegaskan pendirian kami bahawa kami sentiasa memberi sokongan dan bersetuju dengan tuntutan-tuntutan organisasi pemuda-pemudi tersebut. DAP bukan sahaja selalu bercakap benar atas kelemahan kerajaan, tetapi juga membangkitkan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat jelata dalam Parlimen and Dewan Undangan Negeri.

Mengambil prihatin terhadap isu semasa negara ini adalah kewajipan semua rakyat Malaysia. Kami mempercayai bahawa golongan pemuda-pemudi berkemampuan untuk berfikir sendiri. Keberanian mereka dalam meluahkan perasaan dan pandangan tentang isu semasa haruslah digalakkan.

Sebagai ahli parti BN, kenyataan MCA yang cuba mengkritik dan menuduh pemuda-pemudi yang berani bercakap benar serta meluahkan buah fikiran dan perasaan mereka adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab dalam arena politik, dan perbuatan tersebut juga menghina dan memandang ringan akal pengundi Machap dan pemuda-pemudi.

Koh Sze Choon

1 comment:

Superbombom said...

I got ear and eye , i see that.
Kambateh .. for DAP